Pengalaman Urus Jenazah TGNA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Pengalaman Urus Jenazah TGNA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Pengalaman Urus Jenazah TGNA








Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertu#gas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.



Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.



“Ia pengalaman paling be#rmakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.












Nik Aziz hadir bertugas semalam dengan sukarela di bawah Unit Amal Pas, mengawal kawasan tanah perkuburan di Pulau Melaka bagi memastikan keadaan tidak sesak berikutan masih ramai yang datang mahu berdoa dan membaca surah Yasin di pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz.



“Ada yang datang selepas sub#uh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.



“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.



Sejak semalam, tali panjang diik#at antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning' turut dilekatkan di tiang tersebut.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pengalaman Urus Jenazah TGNA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.