Pelakon Hollywood Pertahan Islam, Bidas Sifat Perkauman adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Pelakon Hollywood Pertahan Islam, Bidas Sifat Perkauman membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Pelakon Hollywood Pertahan Islam, Bidas Sifat Perkauman





Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya Gone Girl yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.


Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.


Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.


“(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,


“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.


Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan ‘nasi tambah’ pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.


Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.


“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”


Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.


Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Pelakon Hollywood Pertahan Islam, Bidas Sifat Perkauman ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.