Berita Terkini Belalai Air Di Bintulu Sarawak 18 Oktober 2014
Selepas kejadian puting beliung di Pendang, Kedah pada 14 Oktober lalu, sebuah kawasan di Bintulu pula mengalami fenomena serupa.
Kejadian angin pusar atau lebih dikenali sebagai belalai air ini dikatakan berlaku sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Tidak seperti kejadian di Kedah, belalai air yang berlaku di Bintulu tidak menyebabkan kerosakan harta benda.
Beberapa individu merakamkan kejadian belalai air ini dan berkongsi di laman media sosial.
Setakat ini, difahamkan tiada laporan kemalangan jiwa dibuat.
Baca: 15 Gambar & Video Puting Beliung Di Bintulu, Sarawak
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment