Pegawai Keselamatan Bunuh Diri Selepas Tragedi Berdarah Konsert K-Pop adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Pegawai Keselamatan Bunuh Diri Selepas Tragedi Berdarah Konsert K-Pop membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Pegawai Keselamatan Bunuh Diri Selepas Tragedi Berdarah Konsert K-Pop






Seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai urusan keselamatan di konsert K-Pop yang meragut 16 nyawa malam tadi, bertindak membunuh diri, hanya beberapa jam selepas tragedi itu berlaku.


Nama lelaki yang dikenali sebagai Oh berusia 37 tahun yang juga seorang pegawai kerajaan diumumkan ketika pegawai penyiasat sedang mencari punca tragedi yang berlaku semasa berlangsungnya konsert kumpulan remaja perempuan 4Minute yang diadakan di bandar Seongnam.


Jurucakap pasukan bantuan berkata, Oh terjun dari sebuah bangunan berhampiran lokasi tragedi selepas disoal siat mengenai insiden terbabit oleh pihak polis.


Dalam kejadian itu enam belas orang maut manakala sembilan lagi cedera parah apabila besi penghadang lubang sistem pengudaraan runtuh pada ketinggian 18.7 meter. Ia digunakan penonton konsert untuk melihat dengan lebih jelas.


“Mereka sedang berdiri di atas besi penghadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi penghadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap pasukan bomba.


Menurut saksi, meskipun kumpulan terbabit telah dinasihatkan untuk turun dan diingatkan mengenai bahaya tindakan mereka, namun masih berdegil dan tidak mahu berganjak.


Kawalan keselamatan juga dikatakan pada tahap minimum dan longgar.


Insiden berlaku ketika negara itu masih bersedih dengan insiden feri Sewol yang karam dan mengorban 300 nyawa kebanyakkannya pelajar sekolah tahun ini.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Pegawai Keselamatan Bunuh Diri Selepas Tragedi Berdarah Konsert K-Pop ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.