Berita Palsu Puting Beliung Melanda Pulau Pinang
Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan kononnya berlaku puting beliung di Jambatan Pulau Pinang, petang semalam, seperti yang tersebar secara meluas di dalam laman sosial, hari ini.
Jurucakapnya berkata, sehingga kini tiada laporan diterima mengenai kejadian yang diuar-uarkan itu termasuk tiada angin kencang berlaku di negeri ini seperti yang didakwa berlaku ketika hujan lebat, petang semalam.
“Tiada kejadian puting beliung seperti yang tersebar di dalam media sosial dan kami menasihat orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tiada amaran angin kencang dilaporkan berlaku di negeri ini.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di talian 03-79618116.9.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment