Cari Pasal - Helah kereta rosak makan diri adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Cari Pasal - Helah kereta rosak makan diri membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Cari Pasal - Helah kereta rosak makan diri
- Dua lelaki ditahan di Jalan Perani ketika anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah.
KOTA TINGGI - Dua lelaki yang mendakwa mengalami kerosakan kereta di Jalan Perani dekat sini, dicekup anggota polis yang cuba membantu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian 15 Ogos itu, dua anggota polis sedang membuat rondaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, hasil semakan rekod lampau, seorang daripadanya mempunyai rekod kesalahan curi kenderaan.
“Pada awalnya kehadiran anggota polis untuk memberi bantuan kepada lelaki terbabit yang mendakwa kereta jenis Proton Wira biru tersebut rosak.
"Bagaimanapun, kelakuan mereka mencurigakan dan hasil pemeriksaan lanjut mereka gagal memberi keterangan berhubung status kereta dan kita dapati nombor enjin juga telah diganggu.
“Hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan mencuri kenderaan dan dalam senarai dikehendaki polis kerana melupuskan kenderaan dan menjual komponen kenderaan," katanya.
Selain itu, menurutnya, kedua-dua suspek turut mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
Rahmat berkata, suspek berusia antara 24 dan 28 tahun yang juga merupakan penganggur kini ditahan untuk siasatan lanjut.
sumber

Cari Pasal - Helah kereta rosak makan diri ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment