ISIL UGUT LETUPKAN BANGUNAN DI KUALA LUMPUR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ISIL UGUT LETUPKAN BANGUNAN DI KUALA LUMPUR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





ISIL UGUT LETUPKAN BANGUNAN DI KUALA LUMPUR









KUALA LUMPUR - Anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah bangunan di ibu negara.



Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, seorang individu menerima maklumat itu selepas mendapat panggilan daripada seorang anggota polis yang bertugas di United Kingdom, kelmarin.



“Anggota polis itu memberitahu seorang lelaki, dipercayai anggota ISIL, dikenali sebagai Nissah, terbang dari Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, menggunakan pesawat MH608,” katanya.



Sumber itu memaklumkan, maklumat sama turut mengatakan kira-kira 20 anggota ISIL sudah berada di Malaysia.



Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai akan meletupkan bangunan yang menjadi sasaran mereka dengan menggunakan gas silinder.



Seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat perkara berkenaan.



Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan lima individu, termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 36, diburu.



Beliau berkata, empat lagi ialah pemilik kedai fotostat, Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraime Awang Raime atau Abu Nur, 39, serta dua lagi, Jeknal Adil atau Jek, 30, buruh, dan Mohd Amin Baco, 31.



Sumber: Sinar Harian




ISIL UGUT LETUPKAN BANGUNAN DI KUALA LUMPUR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.