BUDAK NYARIS DICULIK DI BAZAR RAMADHAN PEKAN MERU adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya BUDAK NYARIS DICULIK DI BAZAR RAMADHAN PEKAN MERU membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Kapar: Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris ‘diculik’ seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak terbabit berjalan bersama bapanya untuk membeli juadah berbuka bersama seorang lagi anaknya berusia 10 tahun.
Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.
Menurutnya, sebaik menoleh, beliau melihat seorang lelaki berusia 30-an dan berkulit gelap memegang anaknya dan tindakannya memaling muka ke arah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki itu terkejut.
“Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri. di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan.
“Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak, namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri,” katanya.
“Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Jurucakap polis mengesahkan mengenai laporan berkenaan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai laporan itu. - Harian Metro
BUDAK NYARIS DICULIK DI BAZAR RAMADHAN PEKAN MERU

BUDAK NYARIS DICULIK DI BAZAR RAMADHAN PEKAN MERU ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment