Tragis! Dua Beranak Terbunuh, Kereta Bertembung (2 Gambar) adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Tragis! Dua Beranak Terbunuh, Kereta Bertembung (2 Gambar) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Tragis! Dua Beranak Terbunuh, Kereta Bertembung (2 Gambar)






Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dalam satu kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian kira-kira 10.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu, Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara kereta Perodua Viva dinaiki mereka dengan sebuah kereta Honda City.


Pemandu Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Tumboh ke bandar, turut mengalami kecederaan tetapi tidak serius.



Mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang terselamat turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Anuar Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati dua mangsa terbabit tersepit dalam kereta yang remuk teruk pada bahagian depan.


“Kami terpaksa mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Tragis! Dua Beranak Terbunuh, Kereta Bertembung (2 Gambar) ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.