MENYAYAT HATI, BAYI 18 BULAN MENINGGAL AKIBAT CEDERA PARAH DI KEPALA di RUMAH ASUHAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya MENYAYAT HATI, BAYI 18 BULAN MENINGGAL AKIBAT CEDERA PARAH DI KEPALA di RUMAH ASUHAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





MENYAYAT HATI, BAYI 18 BULAN MENINGGAL AKIBAT CEDERA PARAH DI KEPALA di RUMAH ASUHAN






JENAZAH Muhammad Khalish dituntut ibunya di Jabatan Forensik HRPB selepas bedah siasat, semalam.



IPOH: Selepas seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.



Lebih menyayat hati, bayi malang yang baru pandai berjalan dan memanggil ‘papa’ serta ‘mama’ itu mengalami pendarahan dalam otak hingga mengakibatkan kepalanya membengkak.



Muhammad Khalish Hadif Kamarul Zaman Shah dimasukkan ke HRPB pada 1 Julai lalu selepas didapati sesak nafas ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Dataran Rapat Baru.



Azlina, ibu kepada mangsa menghantar Khalish ke rumah pengasuh sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon oleh pengasuh terbabit mengatakan mangsa sesak nafas dan dihantar ke klinik berhampiran.



Pihak klinik kemudian bertindak menghantar mangsa ke HRPB kerana terdapat pendarahan pada kepalanya. Sebaik sampai di hospital, Azlina yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Unit Rawatan Rapi (HRPB) mendapati Muhammad Khalish tidak sedar diri.



Hasil pemeriksaan doktor mendapati, terdapat darah beku dalam otak mangsa dan pembedahan segera dilakukan.



Namun selepas seminggu dirawat di hospital, Khalish disahkan meninggal dunia dan bantuan pernafasannya dicabut. - Harian Metro




MENYAYAT HATI, BAYI 18 BULAN MENINGGAL AKIBAT CEDERA PARAH DI KEPALA di RUMAH ASUHAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.