‘Shahnaz Bukan Anak Dara Masa Bernikah’ – Abu Bekir
Dah bercerai pelbagai cerita yang keluar. Kini anak kepada ‘Raja’ Sarawak Taib Mahmud, Abu Bekir mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Shahnaz Majid dah tak dara semasa bernikah pada 1992.
Bekir menjawab soalan oleh peguambelanya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap kewajaran mutaah bernilai RM100 juta.
“Selepas beberapa hari perkahwinan kami pada 9 Januari 1992, semasa di dalam bilik tidur, saya dapati plaintif bukan anak dara lagi.
“Dia bukan anak dara masa kami bernikah,” kata Abu Bekir kepada mahkamah hari ini.
Shahnaz, kakak kepada Datuk Sheila Majid, dan Abu Bekir berkahwin pada Januari 1992 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 20 tahun, Raden Murya.
Perceraian mereka difailkan Abu Bekir pada Mei 2011.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment