Piala Dunia: Jepun Seri Tanpa Jaringan Dengan Greece adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Piala Dunia: Jepun Seri Tanpa Jaringan Dengan Greece membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Piala Dunia: Jepun Seri Tanpa Jaringan Dengan Greece






Jepun gagal mencuri mata penuh ketika berdepan Greece yang terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila hanya sekadar seri 0-0, pada saingan Kumpulan C, di Estadio das Dunas, pagi ini.

Jepun berpeluang untuk mendahului atau mungkin memenangi perlawanan itu pada minit ke -68, tetapi peluang itu dipersiakan oleh Okubo.


Gerakan berpunca daripada Kagawa yang menghantar jauh kepada Uchida di kanan gawang Greece sebelum pemain itu melakukan hantaran silang kepada Okubu – gagal memanfaatkan peluang itu apabila merembat liar walaupun berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol.


Babak kedua perlawanan menyaksikan penguasaan Jepun tetapi Greece yang memperkemaskan benteng membuatkan Blue Samurai hanya sesekali melepasi pertahanan lawan.


Jepun jelas gagal untuk mencari formula penyudah yang berkesan walaupun gerakan mereka singgah dalam kotak penalti Greece.


Greece sebelum itu tersentak apabila Atsouranis dibuang padang pada minit ke-38 selepas menerima kad kuning kedua. Kesalahan keduanya ialah mengkasai ketua pasukan Jepun, Hasebe.


Bagi saingan kali ini, jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni mengetepikan pemain tengah, Shinji Kagawa, berikutan gagal bermain degan baik ketika skuad itu tewas 1-2, di tangan Ivory Coast.


Tempat Kagawa diisi oleh Yoshito Okubo manakala pemain berpengalaman, Yasuyuki Konno masuk menggantikan Masato Morishige.


Jurulatih Greece, Fernando Santos pula meyenaraikan Kostas Mitroglou – kemunculan pertama pada temasya kali ini – yang cedera lutut ketika persiapan pasukan ke Brazil. Dia menggantikan Theofanis Gekas.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Piala Dunia: Jepun Seri Tanpa Jaringan Dengan Greece ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.