Amuk Di JPM: Muhdalena Bebas Kerana Tidak Waras adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Amuk Di JPM: Muhdalena Bebas Kerana Tidak Waras membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Amuk Di JPM: Muhdalena Bebas Kerana Tidak Waras





Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini melepaskan seorang wanita daripada empat pertuduhan, dalam satu kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri(JPM) dua tahun lalu.

Hakim Muhamad Kamil Nizam membuat keputusan itu terhadap Muhdalena Ahmad, 30, kerana mendapati tertuduh mengalami ketidak sempurnaan akal semasa kejadian.


Sehubungan itu, Muhamad Kamil memerintahkan Muhdalena ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu diperkenan Yang di Pertuan Agong.


Muhdalena didakwa empat pertuduhan dalam kejadian di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai 2012.


Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.


Pendakwaan bagi pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan


Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sementara itu, dia turut didakwa tidak mematuhi perintah yang diberikan Lans Koperal Ridzuan untuk meletakkan senjata di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan (No 2) 2000.


Bagi kesalahan itu, pendakwaan dibuat mengiku Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (akta 298) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Muhdalena turut berdepan tuduhan tidak mematuhi perintah yang diberikan menteri dengan berada di premis itu tanpa memiliki permit atau pas yang dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa, memasuki premis yang telah diisytiharkan sebagai tempat larangan mengikut perintah tempat larangan (No 2) 2000.


Pendakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengiku Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sebanyak RM1000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Amuk Di JPM: Muhdalena Bebas Kerana Tidak Waras ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.