King, syarikat yang merupakan pembangun Candy Crush Saga hari ini menfailkan tuntutan untuk membolehkan syarikat tersebut dibuka kepada bursa saham walaupun pada hakikatnya ramai beranggapan tindakan yang diambil oleh King ini seperti terlalu berkeyakinan tinggi dan bakal membuatkan King mungkin bakal kerugian besar.
Seperti sedia maklum, King sebelum ini juga pernah membuat satu tuntutan pelik iaitu menswastakan perkataan “Candy” yang digunakan pada aplikasi permainan paling popular setakat ini ini iaitu Candy Crush. Dengan jumlah 93 juta pengguna yang aktif bermain permainan tersebut, King dilihat terlupa bahawa syarikat King sendiri tidak melekat dihati pengguna memandangkan pengguna hanya mengingati nama permainan tersebut iaitu Candy Crush Saga.
King dilihat cuba mengikut jejak langkah pembangun aplikasi Farmville, Zynga yang telah membuka syarikat di bursa saham 2 tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai kejatuhan dan masih tidak stabil di bursa saham. Tindakan King ini dilihat bagi membolehkan mereka memperolehi sumber kewangan yang lebih banyak dari sebelum ini walaupun ramai beranggapan, King mengambil tindakan yang amat berbahaya.
The post Syarikat Pembuat Candy Crush Saga Dikatakan Bakal Dibuka Kepada Bursa Saham appeared first on Nizul.
Entri: Syarikat Pembuat Candy Crush Saga Dikatakan Bakal Dibuka Kepada Bursa Saham Republish from: http://nizul.my/syarikat-pembuat-candy-crush-saga-dikatakan-bakal-dibuka-kepada-bursa-saham/
Post a Comment