Normandy merupakan satu kod nama telefon pintar yang dikatakan bakal diperkenalkan oleh Nokia dengan menjalankan sistem pengoperasian Android. Pelbagai desas-desus sudah mula kedengaran bermula daripada tahun yang lalu yang dikatakan telefon pintar Android oleh Nokia tanpa sokongan aplikasi milik Google Play dan mungkin akan hadir dengan aplikasi Store tersendiri.
Kini dalam sebuah tweet terbaru dari @EvLeaks, Normandy mungkin bakal diperkenalkan dengan nama Nokia X dan daripada gambar poster, ia mungkin bakal hadir dengan berwarna hijau. Warna tema untuk Nokia X ini memang tidak dinafikan lagi memandangkan Facebook Page milik Nokia juga telah bertukar ke warna hijau.
Spesifikasi yang mungkil bakal dibawakan oleh Nokia X ini adalah skrin bersaiz 4 inci, 512MB RAM, dan juga memori dalaman sebanyak 4GB. Selain itu ia juga mungkin bakal hadir dengan 5 megapiksel kamera pada bahagian belakang. Dari spesifikasi yang ditawarkan, ia jelas menunjukkan Nokia X mungkin bakal hadir dengan harga yang rendah dengan spesifikasi rendah yang ditawarkan ini. Selain itu, Microsoft baru-baru ini mengesahkan proses persediaan untuk pembelian Nokia bakal tamat pada bulan Mac ini dan mungkin Nokia X bakal menjadi telefon pintar Nokia terakhir sebelum berpindah tangan sepenuhnya kepada Microsoft.
Nokia X. pic.twitter.com/meA05ALusT
— @evleaks (@evleaks) February 17, 2014
The post Normandy, Telefon Pintar Android Nokia Mungkin Bakal Dinamakan Sebagai Nokia X appeared first on Nizul.
Entri: Normandy, Telefon Pintar Android Nokia Mungkin Bakal Dinamakan Sebagai Nokia X Republish from: http://nizul.my/normandy-telefon-pintar-nokia-android-mungkin-bakal-dinamakan-sebagai-nokia-x/
Post a Comment