evleaks-xperia-z2-tablet

Setelah beberapa spesifikasi yang bakal ditawarkan oleh Sony Xperia Tablet Z2 terdedah di akaun Twitter @EvLeaks semalam, hari ini nampaknya terdapat beberapa gambar yang menunjukkan rupa bentuk Xperia Tablet Z2 dari akaun Twitter yang sama, @EvLeaks dan juga akaun Twitter @gadgetleaks. Seperti yang kami telah laporkan, ia bakal diperkenalkan pada minggu hadapan di cara khas milik Sony pada MWC 2014 di Barcelona.


Daripada tweet @EvLeaks, ketebalan Sony Xperia Tablet Z2 ialah 6.4mm dan daripada gambar yang tersebar juga mengesahkan ia mempunyai badan yang agak nipis. Ia bakal membawakan cim pemprosesan empat teras 2.3GHz Qualcomm SnapDragon dan skrin bersaiz 1900×1200 piksel 10.1 inci. Terdapat laporan bahawa Xperia Tablet Z2 ini bakal diperkenalkan pada minggu hadapan bersama Xperia Sirius. Berikut beberapa gambar Xperia Tablet Z2.


evleaks-xperia-z2-tablet z2-tablet-2 z2-tablet-3 z2-tablet-4 z2-tablet-5 z2-tablet-1




The post 6 Gambar Sony Xperia Tablet Z2 Tertiris Di Arena Web appeared first on Nizul.






Entri: 6 Gambar Sony Xperia Tablet Z2 Tertiris Di Arena Web Republish from: http://nizul.my/6-gambar-sony-xperia-tablet-z2-tertiris-di-arena-web/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.