Pada tahun yang lalu, Blackberry telah mengumumkan pengenalan Blackberry Messenger (BBM) untuk pengguna Android dan iOS namun bagi pengguna Android, ia hanya terhad kepada pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich ke atas sahaja. Namun begitu, Android 2.3 GingerBread merupakan salah satu sistem pengoperasian yang masih mempunyai jumlah pengguna yang ramai tidak dapat merasakan penggunaan BBM di telefon pintar.
Mungkin beberapa hari akan datang Blackberry bakal mengumumkan penambahan jumlah pengguna Blackberry Messenger sebanyak 1 juta pengguna dalam masa yang singkat. Ia buka kerana BBM makin mendapat tepat di hati pengguna tetapi oleh kerana BBM kini boleh digunakan oleh Android 2.3 GingerBread seperti yang dijanjikan oleh bekas pekerja Blackberry iaitu Alicia Keys.
Walaubagaimanapun, Blackberry masih belum mengeluarkan BBM untuk Windows Phone dahulu sedangkan ia sepatutnya dilakukan dahulu sebelum diperkenalkan kepada pengguna Android 2.3 ini.
The post Blackberry Messenger Kini Hadir Untuk Pengguna Android 2.3 GingerBread appeared first on Nizul.
Entri: Blackberry Messenger Kini Hadir Untuk Pengguna Android 2.3 GingerBread Republish from: http://nizul.my/blackberry-messenger-kini-hadir-untuk-pengguna-android-2-3-gingerbread/
Post a Comment