Pada bulan Oktober 2013 yang lalu, Microsoft telah mengemaskini sistem pengoperasian Windows milik mereka kepada Windows 8.1. Walaubagaimanapun, Microsoft masih gagal untuk menarik minat pengguna Windows 7 berubah ke Windows 8.1 oleh hanya satu sebab, kehilangan butang Start dan juga pengenalan Modern UI yang dilihat bagi penggguna sebagai buruk.
Namun begitu, statisitik terbaru menunjukkan jumlah pengguna Windows 8 dan Windows 8.1 bertambah dari jumlah sebelum ini menjadikan jumlah 10.15% pengguna seluruh dunia. Manakala jumlah Windows 7 pula semakin meningkat dari masa ke semasa dan menjadi majoriti sistem pengoperasian di dunia dengan jumlah 49%.
Windows 8 dan Windows 8.1 dilihat menerima kegagalan terbesar Microsoft sepanjang pengenalan sistem pengoperasian Windows. Windows 7 pula semakin diterima oleh pengguna memandangkan ia dilihat merupakan sistem pengoperasian yang paling stabil setakat ini.
Selin itu, jumlah pengguna Windows dan juga Mac pula dilihat semakin merosot sedikit demi sedikit manakal pengguna Linux pula semakin bertambah walaupun pada kadar yang rendah.
Sumber : TNW
Entri: Windows 8 dan Windows 8.1 Kini Digunakan 10% Daripada Jumlah Seluruh Dunia Republish from: http://nizul.my/windows-8-dan-windows-8-1-kini-digunakan-10-daripada-jumlah-seluruh-dunia/
Post a Comment