samsung-lpddr4-ram

Jika anda merasakan 3GB memori RAM pada Galaxy Note 3 sudah dikira terlalu banyak buat masa sekarang memandangkan telefon pintar yang lain masih menggunakan memori RAM sebanyak 2GB. Namun begitu, Samsung dilihat cuba untuk terus ke hadapan dan meninggalkan pesaingnya dengan pengenalan cip terbaru milik Samsung bakal membawakan memori RAM 4GB.


Menurut Samsung, memori RAM terbaru milik mereka ini merupakan memori RAM pertama yang menggunakan 8 gigabit (1GB), dan menggunakan DDR4 dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah dan paling penting, yang dapat digunakan untuk peranti pintar. Ia juga menggunakan kelajuan jalur lebar 50 peratus lebih laju daripada DDR3, teknologi yang sedia ada sekarang dengan kelajuan 3.1 Gbps.


Walaupun mempunyai kelajuan jalur lebar lebih laju daripada DDR3, ia masih menggunakan tenaga yang lebih rendah sebanyak 40 peratus daripada DDR3. Setakat ini, Samsung masih belum mengumumkan tarikh tepat untuk membawakan cip memori ini ke pasaran namun hanya mengatakan ia hadir pada tahun 2014. Namun yang pasti, ia bakal hadir pada telefon pintar, tablet, laptop, pada tahun hadapan yang bakal menggunakan teknologi Ultra HD (4K) yang berguna untuk menampung penggunaan memori yang secukupnya untuk jumlah piksel yang tinggi pada teknologi ini.




Sumber : Engadget






Entri: Cip Samsung Terbaru Bakal Membawakan Memori RAM Sebesar 4GB Ke Telefon Pintar Republish from: http://skynightz.com/cip-samsung-terbaru-bakal-membawakan-memori-ram-sebesar-4gb-ke-telefon-pintar/


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.