Nama WordPress memang tidak asing lagi kepada pemilik blog di seluruh dunia. Skynightz adalah salah satu blog yang menggunakan WordPress dan memang tidak dinafikan, pelbagai fungsi disediakan oleh WordPress. Sebelum pembaharuan Skynightz sebelum ini, saya ada membuat perbandingan WordPress.Org dan WordPress.Com yang menceritakan kelebihan penggunaan WordPress.Com ataupun menggunakan kod yang disediakan oleh WordPress.Org untuk membangunkan laman web anda.


WordPress sebelum ini telah memperkenalkan WordPress 3.7. Hanya selepas beberapa bulan pengenalannya, WordPress kini memperkenalkan WordPress 3.8 dengan kod-nama “Parker” bagi memperingati Charlie Parker, pencipta muzik bebop. Versi terbaru ini boleh dimuat turun sekarang ataupun mengemaskini secara terus di Panel Kawalan admin anda sekarang.


Pada pengenalan WordPress 3.5, WordPress turut memperkenalkan tema Twenty Thirteen namun tema ini kurang mendapat tempat di hati kebanyak pengguna WordPress memandangkan tema ini kelihatan tidak stabil dan hanya membawakan reka bentuk responsif sebagai kelebihannya. Kini, pada WordPress 3.8, tema terbaru mereka yang sebelum ini sudah boleh digunakan di WordPress.com iaitu Twenty Forteen. Memang tidak dinafikan, ia bukan sahaja membawakan rekaan mendatar malah reka bentuknya sangat memuaskan.


wordpress.3.8-skynightz


Selain itu, perubahan pada antara muka admin juga merupakan salah satu yang menjadi kelebihan pada WordPress 3.8. Tidak lagi menggunakan rekaan lama, ia diperbaharui dengan rekaan mendatar yang memang menjadi idaman ramai pengguna. Untuk pengetahuan anda, rekaan ini mula dibangunkan pada tahun 2012 yang lalu dan pada mulanya ingin diperkenalkna pada WordPress 3.5 namun ditunda sehingga pengenalan WordPress 3.8. Skynightz merupakan salah satu pencuba bagi tema admin ini dengan mengaktifkan plug-in MP6.


Lebih menarik lagi, tema ini boleh ditukar dengan pelbagai jenis warna pilihan anda dan ia kelihatan seperti pilihan warna pada iPhone 5C. Dari pandangan saya, WordPress 3.8 lebih membawakan penambahbaikan pada antara mukanya tidak seperti WordPress 3.7 yang mengemaskini masalah sekuriti yang dialami pada platform ini.


colors


twentyfourteen




Sumber : WordPress Blog






Entri: WordPress 3.8 Dengan Nama Kod “Parker” Diperkenalkan Kepada Umum Republish from: http://skynightz.com/wordpress-3-8-dengan-nama-kod-parker-diperkenalkan-kepada-umum/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.