Instagram hari ini telah memperkenalkan fungsi baru yang dikenali sebagai Instagram Direct. Fungsi ini dikatakan merupakan satu cara baru menghantar gambar dan video kepada rakan-rakan anda. Bagi yang tidak pernah menggunakan aplikasi ini, Instagram merupakan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna berkongsi gambar serta ditambah pula dengan fungsi menghantar video pendek kepada sesiapa sahaja yang mengikuti anda di Instagram.


Fungsi-fungsi baru banyak diperkenalkan oleh pihak Instagram sejak ia mula dimiliki oleh Facebook. Dilihat fungsi permesejan di Facebook semakin berkurang dan ramai pengguna kian berpindah ke aplikasi permesejan yang lain, Facebook cuba memikirkan cara baru untuk menghantar mesej dan akhirnya tercetus idea untuk menggunakan Instagram memandangkan Instagram kini mempunyai 150 juta pengguna aktif yang menghantar gambar dan video.


instagram-direct-ios


Dengan adanya fungsi ini, ia membolehkan anda menghantar mesej kepada rakan-rakan yang terpilih sahaja dan ia terhad untuk 15 orang sahaja untuk satu mesej yang dihantar. Sudah tentu , fungsi ini membolehkan anda menghantar gambar yang penting untuk tatapan keluarga sahaja tidak kepada umum.


Anda boleh mengemaskini aplikasi Instagram milik anda di AppStore bagi iOS, Google Play Store bagi Android sekarang. Bagi versi Windows Phone, ia masih di peringkat Beta dan akan hadir kepada anda tidak lama lagi.




Sumber : Instagram Blog






Entri: Instagram Kini Memperkenalkan Instagram Direct – Fungsi Permesejan Gambar Dan Video Republish from: http://skynightz.com/instagram-kini-memperkenalkan-instagram-direct-fungsi-permesejan-gambar-dan-video/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.