Google mendapat maklum balas pelanggan mengenai model terbaru milik mereka iaitu Nexus 5 yang mengalami beberapa masalah pada bahagian hardware iaitu masalah dengan butang yang tidak kukuh dan juga pembesar suara yang bunyinya tidak terlalu kuat. Kebanyakan pengguna Nexus 5 yang tidak berpuas hati akhirnya menggunakan jarum panas untuk membesarkan lubang pada pembesar suara namun ia sedikit membahayakan memandangkan mungkin akan mengakibatkan hardware di bahagian lain pula bakal mengalami masalah.


Akhirnya kini Google dan LG mengeluarkan model baru Nexus 5 tetapi tiada pengumuman daripada pihak Google namun beberapa pengguna menyedarinya. Salah seorang daripadanya telah membeli kedua-dua model tersebut dan membuatkan perbandingan yang menunjukkan model asal dengan model yang diubahsuai.


Daripada gambar tersebut, butang pada bahagian sisi Nexus 5 (atas) lebih kukuh daripada yang sebelum ini dan bahagian lubang pembesar suara juga dilihat lebih besar daripada model sebelum ini.


nexus-5-fixes nexus-5-fixes-1 nexus-5-fixes-2




Sumber : BGR






Entri: Google Mengeluarkan Versi Baru Nexus 5 Dengan Membetulkan Hardware Republish from: http://skynightz.com/google-mengeluarkan-versi-baru-nexus-5-dengan-membetulkan-hardware/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.