Jika anda bercadangan membeli PC terbaru namun anda merupakan penggemar Windows 7 dan amat tidak berminat dengan Metro Tile yang diperkenalkan di Windows 8, anda kini perlu berfikir sebaik-baiknya dan membeli PC dalam jangka masa terdekat memandangkan 2014 merupakan penamat bagi PC terbaru yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 7.


Menurut laporan ZDNet, pengeluar PC telah diarahkan oleh Microsoft untuk mengeluarkan PC yang menggunakan Windows 7 hanya sehingga Oktober 2014. Microsoft juga secara rasminya mengumumkan penghentian penjualan Windows 7 secara runcit. Tindakan yang diambil oleh Microsoft ini adalah kerana Windows 7 semakin diminati ramai manakala Windows 8 masih belum mencapai jumlah pengguna yang diharapkan oleh mereka. Pengguna majoritinya masih menggunakan Windows 7 dalam setiap urusan tidak kira urusan peribadi atau perniagaan.


sistem-pengoperasian-statistik


Microsoft juga bercadang untuk memperkenalkan Windows 8.2 yang bakal mengurangkan jumlah pengguna yang membenci sistem pengoperasian yang berasaskan Metro Tile ini. Bagi anda pembaca Skynightz, adakah anda merasakan Windows 8 lebih terbaik dari Windows 7 atau sebaliknya?






Entri: Tiada lagi Pengeluaran PC Terbaru Yang Menggunakan Windows 7 Republish from: http://skynightz.com/tiada-lagi-pengeluaran-pc-terbaru-yang-menggunakan-windows-7/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.