Boboiboy merupakan kartun animasi yang mendapat tarikan kanak-kanak selepas animasi terkenal Upin & Ipin. Memang tidak dinafikan, Boboiboy merupakan animasi yang telah berjaya meletakkan namanya di hati setiap kanak-kanak malahan orang dewasa sehinggakan kanak-kanak sekarang mungkin tidak pernah mendengar dengan nama-nama animasi terkenal sewaktu ketika dahulu seperti Usop Santorian, Kampung Boy dan juga Kluang Man.
Mengisahkan tentang Boboi dan juga rakan-rakannya yang mendapat kuasa superhero cuba untuk menyelamatkan bumi dari serangan makhluk yang cuba untuk menyerang bumi pastinya membuatkan kanak-kanak terasa seperti ingin menjadi seperti Boboi. Walaupun begitu, Boboiboy masih membawakan elemen negara kita Malaysia dalam jalan ceritanya seperti adanya watak berbilang kaum membuatkan ia lebih menarik dilihat.
Setelah pengenalan beberapa permainan untuk Android dan iOS yang terdapat watak Boboiboy sebelum ini, nampaknya kini pihak Animonsta cuba untuk membawakn permainan yang lebih mencabar dan mempunyai jalan cerita (Role-Playing Game atau lebih dikenali dengan RPG) dalam permainan untuk Android dan iOS yang sedang dibangunkan.
Daripada paparan skrin yang berada di laman web Amanz.My, ia memang dilihat mempunyai ciri-ciri lebih menarik berbanding permain sebelum ini yang lebih kepada teka-teki yang sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Dengan adanya paparan skrin ini, ia membuatkan saya semakin tidak sabar untuk bermain permainan ini tetapi dari kenyataan pihak Animonsta, ia masih peringkat awal pembinaan iaitu peringkat Alpha dan masih belum bersedia untuk diberikan kepada pengguna.
Daripada apa yang dilaporkan oleh pihak Animonsta, permainan ini mungkin sekali bakal diperkenalkan pada Comic Fiesta, sebuah acara yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan pastinya semua pembaca tidak sabar menunggunya.
Sumber : Amanz.My
Entri: Permainan Boboiboy Baru Sedang Dibangunkan Untuk Android dan iOS Republish from: http://skynightz.com/permainan-boboiboy-baru-sedang-dibangunkan-untuk-android-dan-ios/
Post a Comment