Google Glass memang tidak dinafikan mempunyai ramai pembangun yang sedang membuat kajian terperinci mengenainya di seluruh dunia. Contohnya, pengenalan aplikasi “Kentut” yang membolehkan Google Glass anda mengeluarkan bunyi kentut dan ia sesuatu yang menakjubkan.
Weber Shandwick, sebuah syarikat teknologi kini sedang membangunkan aplikasi Glass yang membolehkan anda menghantar artikel di mana-mana laman web yang dihoskan oleh WordPress dengan hanya menggunakan beberapa arahan khas tanpa perlu menggunakan jari jemari anda di atas papan kekunci. Fungsi ini juga membolehkan anda menangkap gambar dan kemudiannya memuatnaik di artikel milik anda.
Ozzy Farman, Naib Presiden Kanan di bahagian Inovasi Teknologi Weber ShandWick berkata, fungsi voice-to-text yang tersedia di Glass masih belum mampu untuk digunakan sepenuhnya dan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menjadikan aplikasi ini mempunyai lebih banyak fungsi. Berikut merupakan satu contoh artikel yang diterbitkan melalui Google Glass dan ia sesuatu yang menakjubkan.
Entri: Google Glass Kini Mempunyai Sokongan Aplikasi WordPress Republish from: http://skynightz.com/google-glass-kini-mempunyai-sokongan-aplikasi-wordpress/
Post a Comment