Seperti syarikat yang berasal daripada Amerika Syarikat yang lain, Google mengalami beberapa masalah untuk berunding dengan kerajaan negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi iaitu China. Berikutan dengan itu, Google beberapa tahun yang lalu telah menarik balik kesemua servis utama milik mereka di negara tersebut termasuk Gmail, Google Maps dan Google Drive.
Walaupun begitu, penarikan servis di negara tersebut sebenarnya membawa kepada masalah yang lebih besar memandangkan kepadatan penduduk di negara tersebut memberi peluang kepada syarikat tersebut menjadi firma teknologi yang terbesar. Dan peluang tersebut digunakan sepenuhnya pada servis mereka yang terkenal iaitu Android.
The Information telah melaporkan Android merupakan “trojan” yang digunakan sepenuhnya untuk pengguna di negara China yang membeli fon dengan bajet rendah yang ditawarkan oleh syarikat tidak ternama seperti CoolPad dan juga Xiaomi. Ia sebenarnya membuka ruang kepada servis-servis yang ditawarkan untuk terus digunakan oleh mereka tanpa firma tersebut melabur di negara tersebut.
Dari laporan The Information, Google sebenarnya mengharapkan pengguna servis Google dari China akan lebih banyak berbanding pengguna dari Amerika sendiri dalam tempoh masa 2 atau 3 tahun dari sekarang. Apple juga melihat kepada peluang dan sedang mengorak langkah dengan pengenalan iPhone 5C baru-baru ini yang pada asasnya adalah mengutamakan pasaran di negara China.
Entri: Android Merupakan Kunci Utama Google Untuk Menguasai Seluruh Dunia Republish from: http://skynightz.com/android-merupakan-kunci-utama-google-untuk-menguasai-seluruh-dunia/
Post a Comment