Sonic adalah merupakan permainan yang memang diminati ramai sewaktu ketika dahulu. Ia merupakan watak yang memang menjadi kegemaran saya sewaktu ketika dahulu. Hadir di permainan konsol dan juga saya tidak terlepas untuk bermain permainan ini di komputer lama di rumah saya, ia pasti mengujakan. Sonic merupakan HedgeHog yang mampu untuk berlari laju dan beliau juga rakan-rakannya merupakan penyelamat bumi yang berusaha untuk menentang Doctor Eggman yang merupakan seorang profesor gila.


Apabila Android mula menjadi sebutan ramai, saya sempat mencari aplikasi Sonic yang diperkenalkan oleh SEGA. Namun begitu, ia sedikit hambar kerana aplikasi ini hanya dibina oleh peminat Sonic yang diambil daripada permainan konsol yang lain. Sudah pasti, permainan tersebut tidak mampu membawakan pengalaman yang terbaik memandangkan ia bukan berasal daripada pembangun yang rasmi. Aplikasi Sonic pernah juga hadir sewaktu ketika dahulu di telefon mudah alih Nokia 5200.


Apabila saya melihat aplikasi terbaru yang ditawarkan di Google Play Store yang dinamakan dengan Sonic Dash diterbitkan secara rasmi oleh SEGA Amerika dan ia adalah sesuatu yang mengujakan. Sonic Dash membawakan pengalaman serupa seperti yang pernah dimainkan di permainan konsol PS1 tetapi membawakan pengalaman 3D grafik dan corak permainan seumpama seperti Temple Run dan juga Subway Surf.


Dalam aplikasi Temple Run dan juga Subway Surf, anda akan berlari daripada penjahat dan cuba elak daripada ditangkap oleh penjahat manakala dalam Sonic Dash, anda pula berlari untuk berjumpa penjahat. Apabila saya teliti, Sonic Dash tidak meniru kedua-dua permainan ini tetapi dilihat konsepnya seperti Temple Run dan Subway Surf mendapat idea daripadanya. Hal ini adalah kerana konsep berlari laju memang sudah lama dimplimentasikan di dalam watak Sonic dan juga Sonic memang terkenal dengan badan yang boleh membentuk sfera apabila digulungkan.


Dalam pemain sedang asyik berlari, terdapat juga diselitkan Sonic akan menentang penjahat namun begitu, sepanjang saya bermain permainan ini, saya belum berjaya menemui penjahat yang bakal saya berlawan. Saya hanya berjaya menjumpai ketam yang sentiasa menghalang gerakan saya.


Permainan ini sedikit tidak memuaskan daripada pengalaman bermain oleh kerana ia sedikit laggy ketika bermain dan gagal mengelak rintangan oleh kerana permainan ini sedikit tersangkut. Saya tidak menafikan telefon pintar milik saya bukan mempunyai spesifikasi tinggi namun begitu, saya selalu bermain aplikasi permaian dengan grafik yang lebih baik tanpa sebarang masalah. Mungkin, permainan ini masih diperingkat permulaan dan masih perlu untuk ditambah baik oleh pembangunnya.


Daripada penelitian di Google, saya mendapati aplikasi ini telah wujud di iOS pada awal tahun ini dan ia baru sahaja menemui peminatnya di Android. Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara terus di Google Play Store.


sonic-dash-android-1 nexusae0_Sonic5






Entri: Aplikasi Permain Sonic Dash Hadir di Android Oleh SEGA Amerika Republish from: http://skynightz.com/aplikasi-permain-sonic-dash-hadir-di-android-oleh-sega-amerika/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.