Microsoft masih sedang mencuba sistem pengoperasian telefon pintar mereka yang terbaru iaitu Windows Phone 8.1. Namun begitu, paparan antara muka bagi Windows Phone 8.1 ini sudah didedahkan oleh @EVLeaks dan ia menunjukkan tuga butang utama pada skrin.


Dari paparan skrin yang dipamerkan oleh EvLeaks ini, ia menunjukkan butang back, home dan search yang sebelum ini merupakan butang fizikal ada pada telefon pintar yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Phone. Sperti anda sedia maklum, dengan adanya butang pada skrin, ia sebenarnya membantu pengeluar telefon pintar mengurangkan kos untuk membina peranti pada kemudian hari.


Ia mungkin juga susulan dari pengumuman Microsoft yang sebelum ini meminta pengeluar telefon pintar yang berasaskan Android untuk mendatangkan bersama sistem pengoperasian Windows Phone dan boleh dipilih sewaktu mula menggunakan fon tersebut. Selain itu, Microsoft juga bercadang menjadikan Windows Phone sumber terbuka seperti Android dan juga akan ditawarkan dengan harga percuma.


Paparan skrin ini hanya berapa peratus sahaja yang ditunjukkan mengenai Windows Phone 8.1 kepada umum dan Microsoft dikatakan akan memaparkan semua fungsi baru pada acara BUILD 2014 yang akan diadakan pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.


wp81ssscreenshot




Sumber : TheVerge



Entri: Paparan Antara Muka Windows Phone 8.1 Mendedahkan Butang Pada Skrin Republish from: http://skynightz.com/paparan-antara-muka-windows-phone-8-1-mendedahkan-butang-pada-skrin/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.