Semalam, Nokia telah telah menambah lagi ahli baru untuk keluarga Lumia iaitu Lumia 525, sebuah telefon pintar yang ditambah baik daripada Lumia 520 yang telah berjaya menjadi telefon pintar Windows Phone yang paling banyak dijual di seluruh dunia. Sudah pasti, telefon pintar ini merupakan telefon pintar yang mempunyai harga yang berpatutan seperti abangnya, Lumia 520.
Telefon pintar ini dikuatkuasakan dengan cip pemprosesan 1GHz Qualcomm Snapdragon bersama RAM sebanyak 1GB, dinaik taraf daripada Lumia 520. Ia juga menggunakan sistem pengoperasian versi terbaru Windows Phone 8 yang membuatkan telefon pintar ini lebih bergaya apabila didalam genggaman tangan anda.
Lumia 525 mengekalkan ciri-ciri yang ada pada abangnya iaitu Lumia 520 dengan skrin bersaiz 800×480 piksel dengan 4inci skrin, kamera di bahagian belakang sebanyak 5 Megapiksel dan sokongan untuk mengambil video 720p, 30fps. Ia juga hadir dengan memori dalaman sebanyak 8GB dan sokongan MicroSD dengam maksimum 64GB. Selain itu, anda juga bakal menerima 7GB percuma SkyDrive.
Lumia 525 bakal hadir dengan badan belakang yang boleh ditukar dengan variasi warna oren, kuning, hitam dan putih. Ia telah dilancarkan di Singapura semalam dengan harga USD 199 atau RM 642. Nokia nampaknya cuba untuk menfokuskan negara Asia untuk pasaran telefon pintar ini dan mungkin tidak akan hadir di pasaran Amerika Syarikat.
Lumia 525 bakal memberikan saingan kepada Motorola G yang baru sahaj diperkenalkan pada awal bulan November ini. Kedua-duanya menfokuskan Asia sebagai pasaran mereka oleh kerana telefon ini berkuasa sederhana sesuai dengan bajet negara Asia yang kebanyakannya tidak mampu untuk membeli telefon pintar dengan spesifikasi tinggi.
Sumber : TheNextWeb
Entri: Nokia Memperkenalkan Lumia 525, Penambahbaikan Daripada Kejayaan Lumia 520 Republish from: http://skynightz.com/nokia-memperkenalkan-lumia-525-penambahbaikan-daripada-kejayaan-lumia-520/
Post a Comment