Terdapat terlalu banyak aplikasi permesejan yang muncul pada masa sekarang dan hingga memenuhi application drawer di peranti milik anda. Terlalu banyak sehinggakan lebih kurang jumlahnya dengan aplikasi permainan dan anda sendiri keliru untuk memilihnya. Semuanya dengan fungsi berlainan yang membuatkan anda menggunakannya semua serentak. Namun begitu, ada juga aplikasi yang cuba merapatkan jurang antara aplikasi permesejan dan juga SMS mengintegrasikannya dalam satu aplikasi.


Google Hangout adalah salah satu yang merapatkan jurang tersebut. Daripada sokongan chat dalam Google+, kemudiannya dijadikan aplikasi permesejan dan kini dengan pelancaran bersama Android KitKat 4.4, Hangout kini membolehkan anda menggunakannya sebagai aplikasi SMS. Samsung dilihat cuba juga untuk membawakan integrasi SMS dalam aplikasi permesejan ChatON yang dilihat gagal menguasai Asia apatah lagi menguasai seluruh dunia dengan menggunakannya. Pengguna Asia dilihat lebih berminat untuk menggunakan Line dan WeChat dan negara-negara barat kini dengan SnapChat.


Applikasi ChatON yang terbaru ini membolehkan pengguna menghantar SMS/MMS melaluinya tanpa perlu menggunakan internet. Namun begitu, sudah semestinya bagi peranti yang tidak mempunyai SIM, sokongan ini dilihat tidak untuk anda. Anda perlu mempunyai wifi atau sokongan mobile data seperti biasa. Untuk pengetahuan anda, ChatON adalah aplikasi permesejan yang direka khas oleh Samsung dan didatangkan bersama setiap peranti terbaru Samsung.


Aplikasi ini setakat ini hanya ditawarkan untuk negara Jerman dan Brazil dan bakal menyusul kepada semua pengguna ChatON seluruh dunia. Facebook sebelum ini telah membuang fungsi SMS/MMS dari Messenger milik mereka oleh kerana fungsi ini membuatkan pengguna keliru antara SMS dan Mesej dihantar melalui Facebook.




Sumber : Engadget






Entri: Samsung Kini Mengintegrasikan SMS Di Dalam Aplikasi ChatON Republish from: http://skynightz.com/samsung-kini-mengintegrasikan-sms-di-dalam-aplikasi-chaton/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.