Pengeluar telefon mudah alih dari China iaitu Xiaomi telah berjaya menjual 150,000 unit telefon pintar terbaru milik mereka dalam masa 10 minit atau lebih tepat 9 minit dan 55 saat. Menariknya, penjualan peranti mudah alih ini dilakukan di dalam sebuah aplikasi permesejan terkenalan dari syarikat Tencent iaitu WeChat.
Peranti terbaru tersebut adalah model Mi-3 yang berjaya di jual di WeChat dan telah diumumkan di Sina Weibo. Kerjasama erat antara dua syarikat besar ini membuktikan WeChat bukan sahaja sebuah aplikasi untuk bersosial tetapi menjadi hab untuk e-commerce dan ia berjaya seperti yang diharapkan. Semua proses menjual beli dilakukan sepenuhnya di dalam aplikasi ini dan ia amat memberangsangkan.
Setakat ini, WeChat telah mempunyai 272 juta pengguna aktif(dikira sehingga suku ketiga tahun 2013). Mi-3 adalah peranti mudah alih milik Xiaomi yang diperkenalkan pada bulan lepas dan kehabisan 100,000 unti habis dijual dalam masa 86 saat.
Entri: Pengeluar Telefon Pintar Xiaomi Menjual 150,000 Peranti Terbaru Dalam Masa 10 Minit Republish from: http://skynightz.com/pengeluar-telefon-pintar-xiaomi-menjual-150000-peranti-terbaru-dalam-masa-10-minit/
Post a Comment