Anonymous 4/20/2013
Butik Facebook dibuka. Biar betul, sangat terkejut bila melihat banya pakaian di Butik Facebook made in Thailand. Facebook fashion shop ini pertama kali dibuka di Mynmar. Lihat saja gambar Butik Facebook dibawah


Butik Facebook

This Facebook fashion shop is spotted in Yangon, Myanmar's largest city



Butik Facebook

Facebook clothing tags



Butik Facebook

Facebook shopping bags



Butik Facebook

Made in Thailand

Anonymous 4/12/2013
Gelombang Ke-2 Pencerobohan Sulu. Kiram dan 400 Pengganas Sulu Kembali ke Sabah. Terkini, dianggarkan 400 pengganas Kiram tiba di Sabah untuk perkuat tentangan terhadap pasukan keselamatan negara. Kesemua Pengganas Sulu yang lengkap bersenjata itu tiba di pantai timur Sabah dalam dua kumpulan antara 30 Mac dan 5 April lalu. Pencerobohan Sulu Gelombang Ke-2 kali ini dengan alasan pasukan Keselamatan Malaysia terus mencabul hak asasi manusia rakyat Filipina di Sabah. - Abraham Idjirani Jurucakap Pengganas Sulu

Gelombang Ke-2 Pencerobohan Sulu

Istana Malacanang, sebelum ini menolak laporan itu dan menyatakan tidak ada bukti serta maklumat mengesahkan dakwaan Abraham itu. Abraham turut mendakwa pertempuran antara pengikut Kiram dan pasukan keselamatan Malaysia tercetus pada malam 6 dan 7 April lalu di Tanjung Batu, Lahad Datu. Abraham Idjirani juga mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kalah teruk dalam pertempuran itu yang mengorbankan ramai anggota tentera Malaysia. Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada adik bongsu Jamalul, Azzumudie Kiram yang mengetuai pencerobohan ke atas Sabah dan kini menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia. - Utusan

Anonymous 4/11/2013
Telefon Bimbit Punca Nasib Malang. Begitulah kisah nasib malang budak sekolah seorang ketua tingkatan yang ditimpa malang setelah dibelasah dan dipukul tanpa belas kasihan oleh beberapa rakan sekelasnya.  Telefon Bimbit dan Nasib Makang Seorang Ketua Kelas mula mendapat perhatian setelah kejadian tiga pelajar bergaya samseng membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang menjadi isu hangat di YouTube. Dikatakan berpunca daripada tindakan murid malang tersebut yang mahu melaporkan salahlaku disiplin salah seorang dari kumpulan murid samseng tersebut yang membawa telefon bimbit ke sekolah.

Telefon Bimbit Punca Nasib Malang

Kumpulan itu dikatakan sentap dan berang dengan tindakan yang ingin dilakukan oleh murid malang tersebut lalu membelasah murid tersebut yang juga merupakan rakan sekelas mereka sendiri. Berikutan tindakan samseng murid-murid tersebut, mereka yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah. Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.

Anonymous 4/10/2013
Tarikh PRU-13 pada 5 Mei 2013. Bilakah PRU13 akan diadakan, akhirnya kontoversi terjawab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei (Ahad) dan tarikh penamaan calon pada 20 April 2013. Manakala pengundian awal ditetapkan pada 30 April. Selain itu, Tempoh berkempen PRU13 ialah 15 hari.

PRU-13 Pada Tarikh 5 Mei 2013
PRU-13 Pada 5 Mei

Pembubaran Dewan Rakyat 12

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Tarikh 3 April lalu. Setelah SPR menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat. SPR mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13.

Tarikh Penamaan Calon PRU 13

Tarikh Penamaan Calon untuk PRU ke-13 ialah 20 April 2013. Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Writ Pilihan Raya Umum ke 13

SPR menetapkan writ PRU13 dikeluarkan bersama notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan bersama notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. Berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

Peruntukkan PRU13 dan Belanjawan Pilihan Raya

RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya. Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

Pengundi Awal PRU13 pada 30 April

SPR memaklumkan rakyat Malaysia layak mengundi dalam PRU13 seramai 13,268,002 berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan(11 April). Pilihan raya umum 13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.