|
PRU-13 Pada 5 Mei |
Pembubaran Dewan Rakyat 12
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
pembubaran Dewan Rakyat pada Tarikh 3
April lalu. Setelah SPR menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat. SPR
mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh pengundian dan
pencalonan bagi PRU13.
Tarikh Penamaan Calon PRU 13
Tarikh Penamaan Calon untuk PRU ke-13 ialah 20 April 2013. Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat
menyaksikan
BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR
(23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan
Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang
anggota Parlimen Bebas. Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak
telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55
Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam
tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Writ Pilihan Raya Umum ke 13
SPR
menetapkan
writ PRU13 dikeluarkan bersama
notis pilihan raya pada
Jumaat, 12 April. SPR menetapkan
writ pilihan raya dikeluarkan bersama
notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. Berdasarkan daftar pemilih,
terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi
awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136
anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi
di luar negara).
Peruntukkan PRU13 dan Belanjawan Pilihan Raya
RM400 juta diperuntukkan
untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya. Untuk
tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi
dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245
pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala
pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran
mengundi.
Pengundi Awal PRU13 pada 30 April
SPR
memaklumkan rakyat Malaysia layak mengundi dalam
PRU13 seramai
13,268,002 berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan(11 April). Pilihan
raya umum 13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota
tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954
pengundi tidak hadir
Post a Comment