Showing posts with label Tragedy. Show all posts

Tragedi Kemalangan Maut pelajar Malaysia di Jordan serta senarai nama dan biodata pelajar Malaysia yang terlibat dalam tragedi yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan tragedi kemalangan maut melibatkan lima orang pelajar Malaysia di Jordan setelah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Tragedi kemalangan maut itu berlaku antara Petra dan Aqabah, kira-kira 320km dari Amman, Jordan.

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan di Jordan Tragedi Kemalangan Maut pelajar Malaysia di Jordan

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan di Jordan

Tragedi kemalangan maut itu berlaku sekitar jam 5.30 petang, waktu Jordan dan kesemua mangsa yang terlibat kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan untuk rawatan kecemasan. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi salah seorang daripada lima mangsa berkenaan apabila disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok.

Berikut ialah senarai nama dan biodata kelima-lima pelajar Malaysia yang terlibat dalam Tragedi kemalangan maut di Jordan. Sumber dari berita harian.

Sumaiyah Binti Romli (meninggal dunia)

Nama IPT: Universiti Kolej London
Tahun Pengajian: Tahun 1
Tajaan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan: Astronomi Fizik
Asal: Kedah

Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan (cedera)

Nama IPT: London School Of Economy
Tahun Pengajian: Tahun 4
Tajaan: Bank Negara
Pengkhususan: Ekonomi
Asal: Perak

Mohamad Shukri Bin Alias (cedera parah - pemandu kereta)

Nama IPT: Universiti Yarmouk
Tahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Persendirian
Pengkhususan: Pengajian Islam
Asal: Kelantan

Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (cedera)

Nama IPT: Universiti Yarmouk
Tahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan: Ekonomi dan Perbankan Islam
Asal: Kuala Lumpur

Humairak Binti Ibrahim (cedera dan keguguran bayi)

Nama IPT: Universiti Yarmouk
Tahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Persendirian
Pengkhususan: Ekonomi dan Perbankan Islam
Asal: Kelantan

 إنا لله وإنا إليه راجعون
  أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati
الفاتح

Tragedi Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh . Jika Jamban Runtuh pun akan menjadi isu, apatah lagi Jambatan Pulau Pinang. June 2013 Berita tergempar tersebar di Internet apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia telah runtuh secara mengejut. Apakah Punca dan Kenapa Jambatan tiba-tiba Runtuh . Apa pula Penjelasan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Pulau Pinang.

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Tragedi Jambatan Pulau Pinang Runtuh


Kenapa Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


Alasan dan Sebab Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh. Menurut sumber, bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung. Kejadian itu berlaku ketika para pekerja kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja akhir jambatan berkenaan sebelum dibuka kepada umum.


Punca Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


Punca Kegagalan Palang Konkrit masih belum dapat dipastikan namun ramai mengandaikan Kegagalan berpunca daripada kesilapan teknikal pembinaan oleh para pekerja disebabkan kurang pengawasan dari pihak atasan kontraktor dan jurutera. Berikut ialah beberapa keping gambar menarik sekitar kawasan bahagian jambatan yang runtuh mengejut. 

Isu Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Walaupun runtuhan palang konkrit berkenaan tidak menyebabkan sebarang kematian namun terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang hancur berkecai selepas ditimpa serta menyebabkan jalan sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Atlet berbasikal Terengganu Maut dilanggar Lori. Gambar Kemalangan Mohd Shafik Imran Syahril, pelatih skuad projek pelapis lumba basikal negeri Terengganu maut dalam kemalangan manakala dua lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika menjalani latihan.

Atlet berbasikal Terengganu maut dilanggar lori
Atlet Basikal Terengganu Maut dilanggar Lori

Base Natang Ngoh Berbasikal Terengganu Maut dalam Kemalangan

Mohd Shafik Imran Syahril, 15, dari Kampung Cabang Tiga, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala pelatih yang cedera ialah Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 19, dan Cikku Mohamad Nadzmi Cikku Ramli, 19. Base Natang Ngoh Berbasikal Terengganu Maut dalam Kemalangan


Kejadian berlaku semasa ·kira-kira 40 pelatih lumba basikal Terengganu termasuk dari pasukan TSG, Skuad Sukma dan projek pelapis pasukan lumba basikal Terengganu menjalani latihan harian yang bermula pada kira-kira 8.30 pagi dari Kuala Terengganu menuju ke Bukit Besi melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Base Natang Ngoh Berbasikal Terengganu Maut dalam Kemalangan
Gambar Kemalangan Atlet berbasikal Terengganu

Selepas setengah jam, apabila sampai di Kampung Tepuh melalui sebuah jambatan pendek, mereka mengelak ke sebelah kanan jalan bagi mengelak satu lubang di tengah jalan.

  • Seorang pelatih terlanggar lubang berkenaan diikuti tiga pelatih lain termasuk mangsa serta dua rakannya, Ahmad Fikri dan Cikku Mohamad Nadzmi. 
  • Bagaimanapun, Ahmad Fikri dan Cikku Mohamad Nadzmi sempat bangun manakala mangsa tidak sempat lalu bergesel dengan lori yang datang dari arah depan mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kanan badan," kata jurulatih ·Lumba Basikal Terengganu Syed Hussein Syed Mazlan.

Gambar Kemalangan Atlet berbasikal Terengganu
Gambar Kemalangan Atlet berbasikal Terengganu

Kehilangan Besar buat Sukan Terengganu

Beliau berkata Mohd Shafik merupakan Base Natang Ngoh lumba basikal yang mempamer prestasi semakin meningkat dari sehari ke sehari, dan kehilangannya adalah satu kerugian buat arena berbasikal negara. Ia kehilangan besar buat sukan Negeri Terengganu.

Sementara itu, Cikku Mohamad Nadzmi berkata beliau dan Ahmad Fikri terjatuh selepas terlanggar lubang namun mereka sempat bangun serta melihat mangsa yang tidak sempat berbuat demikian bergesel dengan lori dan Atlet Basikal Terengganu Maut dilanggar Lori

Beliau berkata meskipun keadaan Mohd Shafik parah, mangsa masih boleh bercakap semasa dibawa ke hospital dengan ambulans.
- Cikku Mohamad Nadzmi

Gambar Atlet berbasikal Terengganu maut dilanggar lori
Atlet Basikal Terengganu Maut dilanggar Lori

Dia ada menyebut nama ibunya, Tuan Jarah Kamariah Tuan Ahmad, 40, dan meminta tolong kasutnya dibuka. Ketika itu saya rasa sungguh hiba
- Tuan Jarah Kamariah Tuan Ahmad.

Turut berada di hospital ialah ibu mangsa Tuan Jarah Kamariah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Zainal Abidin Husin. Atlet Basikal Terengganu Maut dilanggar Lori

Anonymous 5/05/2013
Nahas Udara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berada dalam keadaan selamat. Helikopter dinaiki oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terbalik. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki bergegar dan terbalik akibat dilanda angin kencang. Tragedi Nahas Udara melibatkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berlaku di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi. Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk kembali ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor. Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13

Nahas Udara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Nahas PRU13

Nahas PRU13 Helikopter dinaiki Hishammuddin Tun Hussein Terbalik

Nahas PRU13 Helikopter dinaiki oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terbalik. Kesemua mereka yang terlibat Nahas Helikopter itu terdiri daripada isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Helikopter sewa milik syarikat swasta (bukan milik kerajaan) itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu. Tragedi dilaporkan sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur. 


Anonymous 4/12/2013
Gelombang Ke-2 Pencerobohan Sulu. Kiram dan 400 Pengganas Sulu Kembali ke Sabah. Terkini, dianggarkan 400 pengganas Kiram tiba di Sabah untuk perkuat tentangan terhadap pasukan keselamatan negara. Kesemua Pengganas Sulu yang lengkap bersenjata itu tiba di pantai timur Sabah dalam dua kumpulan antara 30 Mac dan 5 April lalu. Pencerobohan Sulu Gelombang Ke-2 kali ini dengan alasan pasukan Keselamatan Malaysia terus mencabul hak asasi manusia rakyat Filipina di Sabah. - Abraham Idjirani Jurucakap Pengganas Sulu

Gelombang Ke-2 Pencerobohan Sulu

Istana Malacanang, sebelum ini menolak laporan itu dan menyatakan tidak ada bukti serta maklumat mengesahkan dakwaan Abraham itu. Abraham turut mendakwa pertempuran antara pengikut Kiram dan pasukan keselamatan Malaysia tercetus pada malam 6 dan 7 April lalu di Tanjung Batu, Lahad Datu. Abraham Idjirani juga mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kalah teruk dalam pertempuran itu yang mengorbankan ramai anggota tentera Malaysia. Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada adik bongsu Jamalul, Azzumudie Kiram yang mengetuai pencerobohan ke atas Sabah dan kini menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia. - Utusan

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.