Telefon Bimbit Punca Nasib Malang. Begitulah kisah nasib malang budak sekolah seorang ketua tingkatan yang ditimpa malang setelah dibelasah dan dipukul tanpa belas kasihan oleh beberapa rakan sekelasnya. Telefon Bimbit dan Nasib Makang Seorang Ketua Kelas mula mendapat perhatian setelah kejadian tiga pelajar bergaya samseng membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang menjadi isu hangat di YouTube. Dikatakan berpunca daripada tindakan murid malang tersebut yang mahu melaporkan salahlaku disiplin salah seorang dari kumpulan murid samseng tersebut yang membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kumpulan itu dikatakan sentap dan berang dengan tindakan yang ingin dilakukan oleh murid malang tersebut lalu membelasah murid tersebut yang juga merupakan rakan sekelas mereka sendiri. Berikutan tindakan samseng murid-murid tersebut, mereka yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah. Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.
Post a Comment