Tragedi Kemalangan Maut pelajar Malaysia di Jordan serta senarai nama dan biodata pelajar Malaysia yang terlibat dalam tragedi yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan tragedi kemalangan maut melibatkan lima orang pelajar Malaysia di Jordan setelah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Tragedi kemalangan maut itu berlaku antara Petra dan Aqabah, kira-kira 320km dari Amman, Jordan.
Pelajar Malaysia Maut Kemalangan di Jordan
Tragedi kemalangan maut itu berlaku sekitar jam 5.30 petang, waktu Jordan dan kesemua mangsa yang terlibat kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan untuk rawatan kecemasan. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi salah seorang daripada lima mangsa berkenaan apabila disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok.
Berikut ialah senarai nama dan biodata kelima-lima pelajar Malaysia yang terlibat dalam Tragedi kemalangan maut di Jordan. Sumber dari berita harian.
Sumaiyah Binti Romli (meninggal dunia)
Nama IPT: Universiti Kolej LondonTahun Pengajian: Tahun 1
Tajaan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan: Astronomi Fizik
Asal: Kedah
Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan (cedera)
Nama IPT: London School Of EconomyTahun Pengajian: Tahun 4
Tajaan: Bank Negara
Pengkhususan: Ekonomi
Asal: Perak
Mohamad Shukri Bin Alias (cedera parah - pemandu kereta)
Nama IPT: Universiti YarmoukTahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Persendirian
Pengkhususan: Pengajian Islam
Asal: Kelantan
Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (cedera)
Nama IPT: Universiti YarmoukTahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan: Ekonomi dan Perbankan Islam
Asal: Kuala Lumpur
Humairak Binti Ibrahim (cedera dan keguguran bayi)
Nama IPT: Universiti YarmoukTahun Pengajian: Tahun 3
Tajaan: Persendirian
Pengkhususan: Ekonomi dan Perbankan Islam
Asal: Kelantan
إنا لله وإنا إليه راجعون
أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati
الفاتح
Post a Comment