"JIKA MAHUKAN SAYA, PERLU TERIMA ANAK SAYA JUGA" - SITI NORDIANA
Biarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.
Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi lebih baik.
"Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.
"Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja," ujar Nana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.
"Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga," tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal "JIKA MAHUKAN SAYA, PERLU TERIMA ANAK SAYA JUGA" - SITI NORDIANA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment