ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI'

ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI'



Susulan tersebarnya majlis 'Baby Shower' gaya hispter 'Makan Dalam Pampers' tempoh hari, tampil seorang wanita yang dipercayai salah seorang jemputan ke majlis berkenaan memberikan reaksinya terhadap isu yang telah menjadi bualan hangat netizen.

Individu yang kami enggan dedahkan namanya itu tampil menjelaskan bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar peribadi yang tidak seharusnya diambil tanpa kebenaran. Beliau juga menyelar tindakan sesetengah pengendali laman blog yang tidak mengaburkan wajah rakan-rakannya sehingga mendatangkan kesulitan ke atas tuan empunya badan.

Jadi, demi keadilan semua, adalah wajar orang ramai memberikan peluang pada mereka untuk memberikan penjelasan.

"Pada hujung minggu, saya telah menghadiri majlis kesyukuran untuk rakan yang mengandung. Salah seorang penganjur telah mengusik kami untuk menggunakan pampers untuk memakan kek, seperti gelagat 'Teka Coklat Di Pampers'. Ada antara hadirin yang tidak sanggup, tapi ada antara kami yang tidak kisah - seperti dikatakan, kalau cukup bersih untuk anak, mestilah cukup bersih untuk kami.

"Sungguh tidak disangkakan gambar-gambar tersebut diviralkan - beberapa laman telah mengambil gambar tersebut di Instagram tanpa etika atau tatacara, tanpa menyorokkan muka atau nama akaun, dah seterusnya, penuh dengan kemarahan 'keyboard warriors'.

"Setiap individu ada hak untuk berbicara bebas, dan setiap individu juga ada hak untuk membuat yang mereka suka dalam hidup sendiri, selagi tidak menyakiti orang lain dalam proses.

Terdapat, bagaimanapun, adab tertentu untuk setiap keadaan.

"Pertama sekali, ini adalah satu acara peribadi dan jenaka yang diambil di luar konteks. Kami sekumpulan rakan yang sedang meraikan rakan yang lain, dan walaupun, sesetengah orang mungkin berpendapat tindakan itu tidak patut, tidak bermakna anda dapat mengambil gambar peribadi dan menyebarkan ke seluruh Internet.

"Kedua, jika niat adalah untuk 'menasihati', terdapat cara yang lebih baik untuk melakukannya; tidak termasuk jenis komen daripada orang ramai - dari kata-kata memaki ibu mengandung, hingga bermacam-macam kata kasar yang lain.

"Sebagai manusia, memang ada salah silap, tapi itu lah kekurangan kami semua sebagai manusia. Mungkin mereka telah mendapat teladan daripada peristiwa ini, tapi dosa kata-kata kasar boleh la tanggung sendiri. Bukan tak boleh tegur, tapi buat lah dengan cara yang baik, sebagaimana akan menegur keluarga sendiri.

"Saya berharap orang-orang ini belajar untuk menjaga kata-kata mereka, dan mengharap bahawa karma tidak melantun kembali kepada anda apabila membuat kesilapan dan mengumumkan keaiban anda kepada dunia," katanya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.