Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Rokok Elektronik - Dr Subramaniam adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Rokok Elektronik - Dr Subramaniam membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Rokok Elektronik - Dr Subramaniam

Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Rokok Elektronik - Dr Subramaniam




KUALA LUMPUR, 5 Nov - Kementerian Kesihatan Malaysia kini dalam proses mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuklah vape supaya dapat menghalang ia dari menjadi budaya dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, ini disebabkan oleh perisa yang digunakan mengandungi nikotin yang merupakan bahan terkawal

"Kalau e-cigarette (e-rokok) yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan kepada e-cigarette sama macam rokok, bermakna kalau rokok dikenakan cukai eksais, e-cigarette pun kena cukai eksais, tapi itu kami sedang kaji dari segi undang-undang.

"Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada biro farmasi, jadi jika tiada permit ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan," katanya memetik laporan Bernama.

Selain itu Subramaniam juga berkata tindakan itu dilaksanakan bagi menghalang budaya vape menggantikan budaya merokok selepas kementerian 'berperang' berpuluh tahun menanangi isu itu.

"Dalam masa hanya setahun, pengguna e-cigarette dan vape telah meningkat dengan ketara. Kini terdapat lebih satu juta pengguna. Ini adalah satu perkembangan yang membimbangkan," katanya.

Subramaniam juga turut berkata kementeriannya merasa bertanggungjawab dalam menghantar mesej tegas yang rokok elektronik boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.

"Mesej kami adalah mudah. Kami mahu menghentikan rakyat Malaysia daripada vaping sama ada terdapat larangan atau tidak. Mungkin kesannya tak nampak hari ini tapi nampak dalam lima atau 10 atau 15 tahun lagi," katanya. 
sumber- Siakapkeli.my

Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Rokok Elektronik - Dr Subramaniam ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.