Ibu Dimarahi Anak Sendiri Depan Khalayak Orang Ramai Di Hospital
Tersebar hari ini di laman sosial sebuah video seorang lelaki dikatakan memarahi ibunya di sebuah hospital yang mendapat perhatian netizen.
Video berkenaan yang berdurasi 1 minit 36 saat menunjukkan seorang lelaki sedang membebel-bebel memarahi ibunya dengan nada tidak puas hati.
Berdasarkan leteran yang kita boleh dengar sendiri dan tidak diketahui punca sebenar lelaki berkenaan memarahi ibunya.
Kerana kata-katanya terhadap si ibu yang agak kuat menyebabkan orang ramai telah terganggu sehingga menarik perhatian orang lain yang secara tidak langsungnya telah memalukan ibunya.
Kerana tidak tahan melihat seorang ibu yang membesarkan anak diperlakukan dengan biadap sedemikian, seorang lelaki berbaju biru telah bangun menegur lelaki berkenaan namun tidak diendahkannya menyebabkan pertikaman lidah berlaku.
Si ibu dilihat cuba menyuruh lelaki itu duduk kembali dan membiarkan anaknya itu selain disabarkan oleh perakam.
Bagaimanapun teguran lelaki berbaju biru berkenaan seolah-olah 'mencurah air ke daun keladi' apabila tidak dihiraukan. sebaliknya lelaki berkenaan terus menyambung memarahi ibunya di mana sesekali dilihat mengesat matanya berkemungkinan menangis.
sumber-Siakapkeli.my
Marah ibu sendiri depan orang ramai
Posted by Staff SK on Wednesday, November 4, 2015
Ibu Dimarahi Anak Sendiri Depan Khalayak Orang Ramai Di Hospital ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment