Punca Pendebat Balas Kenyataan Nurul Hidayah, Dikongsi Lebih 5,000 kali di Facebook Terjawap Sepi
Baru-baru ini, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurul Hidayah, mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa posting Facebook yang mengkritik tindakan penyokong Bersih berhimpun baru-baru ini.
Dikritik hebat oleh netizens, Nurul Hidayah tampil dengan berkata sebagai warganegara Malaysia, dia ada hak untuk bersuara.
Seorang pendebat, yang menggunakan nama Facebook Syed Saddiq tampil membalas kenyataan dari Nurul Hidayah.
"Rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 juga ada hak untuk bersuara, tapi perhimpunan mereka diisytiharkan haram," kata Syed Saddiq.
"Penjawat awam juga ada hak untuk bercakap, tapi mereka diugut dengan tindakan disiplin.
"Pekerja Malaysia di Sarawak Report dan The Edge juga berhak untuk bersuara, tetapi telah dikekang oleh larangan dari kerajaan.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ada hak untuk bercakap, tapi mereka dihukum kerana bersuara untuk rakyat.
"Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), bekas Perdana Menteri yang dihormati ramai juga ada hak untuk bercakap, tetapi beliau dipanggil untuk siasatan," tulis Syed Saddiq.
Selain dari itu, Syed Saddiq juga turut berkata walaupun berbeza pendapat dengan Nurul Hidayah, tidak bermakna Nurul Hidayah tidak mempunyai hak untuk bersuara.
"(Bersuara) adalah hak kamu. Ia adalah hak kami. Ia adalah hak Malaysia selamanya.
"Mari mempertahankannya," akhiri Syed Saddiq.
Kenyataan balas oleh Syed Saddiq mendapat 17,000 likes dan lebih dari 5,000 shares.
Sebelum ini, Nurul Hidayah menyifatkan tindakan penyokong bersih berhimpun sebagai tindakan bodoh. Kenyataan tersebut mencetus pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca Pendebat Balas Kenyataan Nurul Hidayah, Dikongsi Lebih 5,000 kali di Facebook Terjawap Sepi. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment