'BARU SEBULAN DILANDA JEREBU DAH MEMOKAK' - JUSUF KALLA (NAIB PRESIDEN INDON) - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'BARU SEBULAN DILANDA JEREBU DAH MEMOKAK' - JUSUF KALLA (NAIB PRESIDEN INDON) harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'BARU SEBULAN DILANDA JEREBU DAH MEMOKAK' - JUSUF KALLA (NAIB PRESIDEN INDON)

'BARU SEBULAN DILANDA JEREBU DAH MEMOKAK' - JUSUF KALLA (NAIB PRESIDEN INDON)



JAKARTA - Meskipun Kabinet mungkin berubah, namun pemimpin Indonesia tetap kekal sensitif apabila timbulnya isu mengenai jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan.

Semalam, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengkritik negara-negara jiran yang merungut tentang jerebu dan mendakwa mereka tidak bersyukur dengan udara bersih yang diberikan sepanjang tahun sebelum itu.

"Selama 11 bulan mereka menikmati udara yang baik dari Indonesia dan mereka tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami," katanya.

"Mereka (Malaysia, Singapura & Brunei) telah dilanda jerebu selama sebulan dan mereka merungut," katanya memetik laporan Jakarta Globe pada Selasa, hari ini.

Mengimbas kembali pada tahun 2013, bila Agung Laksono, menteri dalam kerajaan sebelum ini menyelar Singapura yang menyalahkan Indonesia atas pencemaran udara yang berlaku.

"Singapura tidak sepatutnya berperangai seperti budak-budak yang panik tidak tentu pasal," katanya.

Akibat dari kenyataan itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terpaksa memohon maaf kerana jerebu.

Menurut Jusuf Kalla, Indonesia telah berkali-kali memohon maaf di atas kebakaran hutan yang telah membawa kepada pencemaran udara di Malaysia dan Singapura.

Kerugian yang dialami oleh Indonesia kerana kebakaran hutan itu juga amat besar. Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan melaporkan kerugian yang dicatatkan dari 26 Februari hingga 4 April tahun 2014 adalah dianggarkan sebanyak AS1.6 bilion.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'BARU SEBULAN DILANDA JEREBU DAH MEMOKAK' - JUSUF KALLA (NAIB PRESIDEN INDON). Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.