Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh

Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh



KUALA PILAH - Sebuah van jenis Ford Econovan yang dibiarkan tersadai di Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir berhampiran Taman Harmoni, Juasseh sejak lebih dua bulan lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk berhampiran.

Lebih membimbangkan, van tersebut diletakkan hanya kira-kira sepuluh meter dari sebuah kedai menjual produk kraftangan menyebabkan pemiliknya resah.

Mohd Diah Saan, 56, berkata, van itu mula disedari telah berada di situ pada bulan Ramadan lalu.

“Saya mula perasan ketika hendak membuka kedai kira-kira jam 11 pagi. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menyangka van tersebut kehabisan minyak.

“Kemudian, apabila memasuki bulan Syawal, saya tengok van ini masih ada lagi di sini. Dalam hati, mungkin van ini rosak dan pemiliknya membiarkan dahulu di tepi jalan. Namun sehingga kini, saya jadi pelik kenapa van ini masih ada di sini, ia ganggu perniagaan saya sebab kedai terlindung dari pandangan pelanggan,” katanya.

Katanya, turut bertanyakan kepada penduduk Taman Harmoni, sekiranya mengetahui siapa pemilik van berkenaan.

“Rata-rata yang saya temui, mereka tidak tahu dan sehingga kini tiada siapa tahu pemiliknya. Jika ada pemilik, pasti pemilik akan mengambil van ini untuk dibaiki.

“Van ini pun ditinggalkan tanpa berkunci. Bimbang jikalau ada individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan van termasuk mencurinya. Ada juga terdetik di hati saya kalau-kalau van yang ditinggalkan ini adalah kenderaan curi,” katanya.

Menurut Mohd Diah, sekiranya sehingga akhir bulan ini kenderaan terbabit masih tidak dituntut, dia bercadang untuk membuat laporan polis supaya tindakan susulan diambil dan ia dapat dialihkan.

“Bagaimanapun, saya berharap orang ramai yang mengetahui pemilik van ini, segera datang ke sini bagi mengelakkan timbul masalah kemudian hari,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.