Sebab RM2.6b masuk akaun Najib, Jawapan dari Muhyiddin buat rakyat Malaysia rasa hendak sepak seseorang
Pendedahan TS Muhyiddin Yassin perbualannya dengan DS Najib Razak sebaik sahaja WSJ mendedahkan kemasukkan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Jawapan dari Muhyiddin setelah diberitahu Najib kenapa RM2.6 bilion masuk ke akaunnya.
“Saya tanya duit itu masuk ke mana dan Najib menjawab duit itu masuk ke dalam akaun dia.
“Saya persoal, kenapa masuk dalam akaun kamu. Dia menjawab, duit itu masuk atas permintaan penderma dari Timur Tengah itu,” kata Muhyiddin ketika merasmikan mesyuarat di Pagoh.
“Percaya tak? Percayalah… Takut Lembaga Disiplin panggil saya,” soal Muhyiddin kepada perwakilan dalam nada menyindir.
Rata-rata perwakilan yang hadir menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Najib.
Muhyiddin turut turut membidas kenyataan Pengarah Komunikasi dan Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempersoalkan mengapa beliau tidak mengetahui RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib.
“Saya memang tidak tahu. Saya hanya tahu apabila Najib memanggil saya dan memberitahu mengenai laporan WSJ bahawa RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib.
“Setiausaha Agung dan Bendahari Agung saksi ketika itu,” tegasnya, lapor Free Malaysia Today.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sebab RM2.6b masuk akaun Najib, Jawapan dari Muhyiddin buat rakyat Malaysia rasa hendak sepak seseorang. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment