Sayu. 'Kipidap' kini sebuah pertubuhan, Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan ada 80 ahli
LUKUT – Mengambil sempena tagline 'Kipidap', sebuah pertubuhan dinamakan Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan yang baru dilancarkan Sabtu lalu berjaya menarik keahlian seramai 80 orang.
Pengerusinya, Ramli Awang berkata, penubuhan Kipidap adalah untuk terus menyokong usaha bagi memartabatkan dan memperjuangkan hak bangsa Melayu serta agama Islam di negara ini.
Menurutnya, Kipidap Negeri Sembilan menyasarkan penyertaan daripada golongan muda sebagai salah satu platform untuk mereka berpersatuan.
“Mesyuarat agung pertama Kipidap Negeri Sembilan dijadualkan diadakan pada Oktober depan dan ketika itu kita akan melantik barisan jawatankuasa bagi memastikan semua aktiviti yang hendak dijalankan dapat dibuat dengan lancar.
“Setakat ini ahli jawatankuasa tertinggi sudah dilantik dan watikah pelantikan disampaikan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah,” katanya selepas Majlis Pelancaran Penubuhan Kipidap Negeri Sembilan di Bandar Springhill, baru-baru ini.
Ramli berkata, beliau sangat mengalu-alukan warga Negeri Sembilan khususnya golongan muda untuk menyertai Kipidap.
“Kita yakin, golongan muda akan menyambut baik penubuhan ini dan pelbagai aktiviti berfaedah untuk golongan itu akan dilaksanakan Kipidap,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sayu. 'Kipidap' kini sebuah pertubuhan, Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan ada 80 ahli. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment