SAYU. 3 JURUJUAL CINA LOW YAT DIDENDA RM1,800
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda sebanyak RM1,800 ke atas tiga jurujual telefon bimbit Plaza Low Yat selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan sengaja mencederakan penganggur di bangunan berkenaan pada bulan lalu.
Majistret Muhamad Faizal Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Sekiranya ketiga-tiga individu terbabit didapati gagal membayar denda itu, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan.
Mengikut pertuduhan, ketiga-ketiga lelaki itu didakwa sengaja mencederakan mangsa, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, pada jam 4.57 petang 11 Julai lalu.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SAYU. 3 JURUJUAL CINA LOW YAT DIDENDA RM1,800. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment