Peserta Bersih 4.0 himpun di NZ, Taipei, Australia
GELOMBANG perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung mulai hari ini turut dirasai di beberapa negara di serata dunia.
Menurut beberapa perkongsian dari laman mikro Twitter, terdapat peserta atau penyokong Bersih 4.0 berhimpun di New Zealand, Taipei, Australia dan lain-lain.
Antara lokasi himpunan adalah Auckland (New Zealand), Canberra (Australia), Christchurch (New Zealand), Melbourne (Australia), Franz Josef (New Zealand), Sydney (Australia) Suzhou (China), Ontario (Canada) dan pelbagai lokasi lain.
Terdapat juga foto-foto peserta perseorangan dan kumpulan kecil dari Kenya, Bali (Thailand), Phoneix, Arizona (Amerika Syarikat) dan Mongolia.
Beberapa media asing seperti TIME juga dikesan membuat liputan mengenai perhimpunan tersebut.
Perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh Maria Chin di Malaysia bagaimanapun diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atas beberapa sebab.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Peserta Bersih 4.0 himpun di NZ, Taipei, Australia. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment