LUAHAN SAYU NAJIB MENGENAI SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI SAH MILIK MH370 - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di LUAHAN SAYU NAJIB MENGENAI SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI SAH MILIK MH370 harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
LUAHAN SAYU NAJIB MENGENAI SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI SAH MILIK MH370

LUAHAN SAYU NAJIB MENGENAI SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI SAH MILIK MH370



KUALA LUMPUR - Serpihan pesawat, flaperon, yang ditemui di pantai Pulau Reunion di Perancis Julai lalu disahkan adalah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengesahan itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada awal pagi tadi.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370. Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini.

“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370.

“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal LUAHAN SAYU NAJIB MENGENAI SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI SAH MILIK MH370. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.