'DANA LEBIH SELAMAT DALAM AKAUN PERIBADI NAJIB' - RAHMAN
PETALING JAYA - Datuk Abdul Rahman Dahlan bersetuju setiap amalan sumbangan politik disalurkan terus ke dalam akaun peribadi presiden parti kerana jika disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah akan menimbulkan pelbagai kerumitan di kemudian hari.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti. Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik Umno,” katanya dalam program Dialog TV1 malam tadi.
Jelas Rahman, dia dan ahli-ahli parti akan berasa lebih yakin jika dana itu disalurkan terus ke dalam akaun peribadi presiden kerana ia dijamin lebih selamat. Bagi menghalalkan kemasukkan wang RM2.6 bilion itu, Rahman juga menjelaskan ia adalah tugas presiden untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.
"Adalah tanggungjawab dia (Najib) untuk mencari dana untuk biayai aktiviti parti. Jika benar dia melakukan kesalahan seperti yang didakwa, tidak perlu Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana saya dan ahli UMNO sendiri akan menjatuhkan dia," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'DANA LEBIH SELAMAT DALAM AKAUN PERIBADI NAJIB' - RAHMAN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment