Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM

Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata, sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.

"Mengikut sistem perundangan Islam, suami memang tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.

PERLU BUAT PERMOHONAN

"Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu," katanya.

Othman diminta mengulas laporan media mengenai seorang lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.

Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien berkata, enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Sebelum ini, PResiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata, suami yang mahu berkahwin lebih dari satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

AMBIL MASA 21 HARI

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah. 

Zainul Rijal berkata, permohonan itu mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.


"Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu, keperluan berkahwin, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri. - THEHYPEMEDIA.COM

Makluman: Artikel Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Tak Perlu Minta Izin Isteri Untuk Poligami - JAKIM

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.